Monday, May 26, 2008

Mari Meriahkan Pesta Candat Sotong

Antara April hingga Ogos setiap tahun adalah waktu gerombolan sotong berkampung di perairan Terengganu khususnya di sekitar Pulau Redang dan Pulau Kapas serta pulau-pulau lain.

Spesis yang gemarkan lampu kalimantan ini, berkumpul di lubuk-lubuk tertentu untuk mengawan dan bertelur, menjadikan insiden ini menjadi aktiviti menangkap sotong yang dikenali sebagai 'mencandat sotong' sebagai satu pesta meriah di kalangan nelayan dan penduduk tempatan.

Bahkan ia semakin popular di kalangan pelancong dalam dan luar negeri. Pelbagai kegiatan dan acara mencandat sotong diatur oleh agensi kerajaan dan swasta untuk merancakkan lagi aktiviti pelancongan di negeri ini.

Saya sebagai anak kelahiran perkampungan nelayan Chendering, Kuala Terengganu, diizinkan Tuhan amat menggemari aktiviti ini.

Boleh dikatakan setiap tahun saya menyertai rombongan untuk turun ke laut bagi merasai keseronokan pesta ini.

Baru-baru ini saya telah menyertai rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, Dr. Haji Alias Razak. Seramai 60 orang dengan tiga buah bot besar meredah lautan untuk menyertai aktiviti mengembirakan ini. Klik video ini untuk maklumat sepintas lalu.

Saya bersedia untuk menyambut ketibaan anda bagi menyertai akspedisi seperti ini. Sekarang anda boleh membuat persiapan untuk aktiviti berkenaan.

Anda boleh bertanyakan kawan-kawan anda dalam kadar jumlah tidak kurang lapan orang satu kumpulan agar boleh membiayai kos akspedisi secara beramai-ramai.


1 comment:

_ said...

Salam.

Saudara nampaknya telah mengambil foto-foto dari laman berikut :

http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=759691

sebagai ' header ' dan ' footer ' image laman saudara ..

Dah la diambilnya tanpa izin dan tanpa maklum hatta sepatah pun kepada empunya foto, dipadamnya pula signature watermark nama website asal yang sepatutnya ada pada kaki foto-foto berkenaan ..

Sungguh tak patut ...

Di manakah kesopanan dan kesusilaan orang kita ?

p/s :
Kalau mahu berniaga pun, berniaga lah dengan profesional dan beradab ..